Latitude lasak, bergaya

Dell Inc. yang terkenal sebagai salah sebuah syarikat pengeluar produk perkomputeran sekali lagi melancarkan dua komputer riba tahan lasak bagi tahun ini.

Dikenali sebagai Latitude 14 Rugged Extreme dan Latitude 12 Rugged Extreme direka khas buat mereka yang mahukan komputer riba yang benar-benar tahan lasak dalam apa jua keadaan.

Kedua-dua siri Latitude tersebut kalis debu, kelembapan, gegaran, suhu tinggi dan juga keadaan lain sesuai untuk kegunaan perkhidmatan ketenteraan, keselamatan awam, industri dan juga kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Ia diuji menggunakan piawaian ketenteraan seperti kadar jatuhan setinggi enam kaki serta memiliki sijil perlindungan kemasukan, pengeluaran dan bahan berbahaya oleh penguji luar yang diiktiraf.

Siri Latitude itu juga dibina menggunakan bahan tahan lasak seperti polimer tahan lasak dan juga logam aloi magnesium.

Data yang tersimpan dalam komputer riba itu dilindungi daripada sebarang elemen luar deegan pengunci khas dan gasket yang mampu bertahan pada kadar suhu yang tinggi bersama aplikasi pengurusan suhu (terma), QuadCool™ generasi keempat.

Selain direka menggunakan bahan yang tahan lasak, pengeluar juga tidak berkompromi mengenai prestasi komputer riba itu.

Dell mempertaruhkan kelebihan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 8.5 jam dalam keadaan biasa dan mampu bertahan sehingga 14 jam.

Malah, siri Latitude itu juga turut dimuatkan pemproses Intel® Core™ generasi keempat dan unit penyimpanan memori yang lebih pantas.

Untuk kekal berhubungan, kedua-dua model tersebut turut menawarkan kelebihan wayarles termasuk kemudahan jalur lebar dan GPS5.

Antara kelebihan baharu yang turut dimuatkan adalah teknologi Intel® vPro™ untuk mengurusan out-of-band.

Bagi Latitude 14 Rugged Extreme harga bermula dari RM12,300 manakala Latitude 12 Rugged Extreme, RM14,700. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk anda boleh melayari laman web Dell Inc. di www.dell.com.my.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20140630/me_01/Latitude-lasak-bergaya#ixzz36hQr227e
© Utusan Melayu (M) Bhd